Perpustakaan Desa Batu Kawan

Thursday, June 12, 2008






PERPUSTAKAAN DESA BATU KAWAN

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menubuhkan sebuah Perpustakaan desa di Kampung Masjid Batu Kawan. Ini diharapkan dapat membantu dan menggalakkan budaya membaya membaca di kalangan penduduk setempat tanpa mengira agama, bangsa mahupun umur.
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan sehingga kini telah mempunyai ahli seramai 500 orang . Sehingga kini, perpustakaan ini mempunyai jumlah koleksi sebanyak 3870 buah buku, 10 jenis majalah setiap bulan (Anjung Seri,Wanita, Keluarga, Mastika,Pa&Ma,Kereta,Rasa, Kawan dan asuh, 2 jenis surat khabar iaitu Utusan Malaysia dan The Star.
Perpustakaan ini terletak berhadapan dengan Masjid Batu Kawan dan bersebelahan dengan Tadika Kemas Kg Masjid.
KEAHLIAN ADALAH PERCUMA!!!

Anda hanya perlu membawa bersama :
Sekeping gambar
Satu salinan kad pengenalan
Satu salinan sijil kelahiran (bagi bawah 12 tahun
PINJAMAN

Pinjaman boleh dibuat dengan segera selepas pendaftaran .
Ahli kategori dewasa boleh meminjam 2 buah buku dan 1 majalah dalam tempoh 2 minggu.
Ahli kategori kanak-kanak pula boleh meminjam 2 buah buku kanak-kanak dalam tempoh 2 minggu.

PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI
Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti :
□ Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku
□ Perkhidmatan rujukan
□ Perkhidmatan komputer (internet,mesin pengimbas,mesin pencetak)
□ Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan suratkhabar
□ Mengadakan pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan berbentuk multimedia
□ Kesedaran semasa
□ Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
□ Bermainan permainan kepada ahli kelab aktiviti. Antara permainan yang disediakan : Scrabble, Congkak, Saidina, Dam, Catur, Sahibba, Puzzle dan lain-lain lagi.
□ Pinjaman Antara Perpustakaan

LOKASI


STAF YANG BERTUGAS


Nornisha Binti termizi




Hasnah Binti hashim
017-4990669


dan The Star.

0 comments:

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger