PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA

Thursday, August 28, 2008

Pada 22-24 Ogos 2008,
Satu program iaitu Program Rakan Muda Wawasan Desa
telah diadakan di Kampung Masjid, Batu Kawan.
Program ini adalah anjuran Majlis Belia
Daerah Seberang Perai Selatan
dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah
Seberang Perai Selatan.
Pelajar-pelajar dari SMK Sungai Acheh
iaitu seramai 31 orang
telah berpeluang menjadi anak angkat
kepada penduduk-penduduk
Kampung Masjid, Batu Kawan.
Seramai 13 keluarga menawarkan diri
untuk menjadi keluarga angkat
kepada pelajar-pelajar ini.
Pelbagai aktiviti dilakukan
antaranya adalah seperti
gotong-royong, program motivasi,
ceramah agama dan aktiviti senamrobik.
Pelajar-pelajar berpeluang
merasai kehidupan di kampung
selama 3 hari, 2 malam.




























































0 comments:

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger