PROMOSI DI SK SG KECHIL HILIR

Wednesday, August 27, 2008

Pada 12 Ogos 2008, hari Selasa kami Pen. Pegawai Perpustakaan dari PD Batu Kawan, PD Taman Belibis,PD Pulau Aman, PD Sungai Bakap, PD Sg. Chenaam dan PD Kg Besar telah mengadakan promosi perpustakaan di SK Sungai Kechil Hilir yang terletak bersempadan antara negeri Pulau Pinang dan Kedah. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi promosi tersebut.Promosi tersebut diadakan didalam dewan sekolah. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz dan permainan dalaman. Pendaftaran pelajar pada hari itu amat menggalakkan iaitu mencecah sehingga 400 orang. Para pelajar diberi cenderahati yang berupa coklat, buku nota, pen dan kipas.
Para pelajar begitu berminat dengan buku-buku yang dipamerkan

Pelajar tahun 1 hingga 6

Petugas sibuk mengambil gambar pelajar



Para pelajar beratur menunggu giliran untuk mendaftar


Guru terpaksa mengawal pelajar supaya beratur





0 comments:

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger