Syawal menjelang tiba....

Monday, September 22, 2008


MERDEKA DI BATU KAWAN

Thursday, September 4, 2008

Pada 31 Ogos 2008 satu sambutan meraikan Kemerdekaan telah diadakan secara sederhana tetapi meriah. Majlis sambutan ini adalah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Batu Kawan dan Tabika Kemas Batu Kawan. Ia adalah bertujuan untuk mengingati detik-detik kemerdekaan negara dan menyemai semangat cintakan negara kepada anak-anak kecil dan juga pelajar-pelajar.Pelbagai aktiviti disediakan untuk mengisi program ini.
Seawal jam 7.00 pagi kami telah bersiap sedia menunggu peserta-peserta yang terdiri daripada pengguna-pengguna perpustakaan dan juga pelajar-pelajar Tabika Kemas. Stadium Batu Kawan menjadi destinasi permulaan perarakan dan akan berakhir di perpustakaan. Para peserta kelihatan begitu bersemangat sekali. Alhamdulillah, cuaca pada hari ini juga redup sekali.Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku.
Setelah selesai nyanyian Negaraku, perarakan pun bermula iaitu pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Kesemua peserta berkumpul di Tadika kemas untuk mendengar ucapan pengerusi JKKK iaitu Hj. Abdul Aziz Wan Chik. Setelah beliau memberi ucapan para peserta meneruskan dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Untuk pelajar-pelajar tadika, aktiviti sukaneka seperti membawa bola ping pong, isi air dalam botol, kerusi berirama dan lain-lain diadakan. Manakala untuk pengguna dan pelajar aktiviti yang disediakan adalah Kolaj Bijirin Bendera Malaysia dan Kuiz Jejak Ilmu Minda Merdeka.Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Pengerusi JKKK Kg. Masjid Batu Kawan.
Akhir sekali peserta-peserta yang mengambil bahagian di jamu dengan Mihun Sup dan juga kuih muih. Tergambar wajah kepuasan dan kegembiraan kerana kesemua peserta yang mengambil bahagian diberi sedikit cenderahati. Semoga Kemerdekaan ini menambahkan keazaman kita untuk menjadi warganegara yang cintakan negara...
"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"
Mentari masih menyembunyikan wajah...seawal jam 7.00 pagi...

Stadium Batu Kawan

Mercu Tanda Batu Kawan permulaan destinasi...


Segak bergaya anak-anak cilik


Beratur dalam barisan....





Wajah-wajah anak merdeka...



Tak sabar untuk berarak...


Perjalanan bermula....



Begitu bersemangat sekali


Ibu bapa pun tak melepaskan peluang



Kanak-kanak ceria









Peserta sampai ke destinasi...


Walaupun penat berjalan..masih mampu bergambar...


Di hadapan perpustakaan



Ucapan pengerusi JKKK


Berkumpul di Tadika Kemas


Para peserta khusyuk mendengar ucapan


Aktiviti Kerusi Berirama bermula



Kanak-kanak begitu ceria


Aktiviti Kolaj Bijirin

Khusyuknya....



Mula membuat bendera


Menunggu aktiviti sukaneka


Menjamu selera


Wajah kegembiraan si anak kecil

Penyampaian hadiah kepada pemenang


Peserta yang mengambil bahagian dalam Kolaj Bijirin Bendera Malaysia



Hasil Aktiviti








Hasil kreativiti 4 kumpulan yang mengambil bahagian....





































































































 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger