KELAS MEMBUAT KEK

Monday, August 9, 2010

Pada 23 Jun 2010 bertempat di Tadika Kemas Batu Kawan telah diadakan Kelas Memasak Kek Besday dan cupcake.Peserta terdiri dari kaum ibu sekitar Batu Kawan dan taman-taman berhampiran.Bilangan peserta adalah dalam 20 orang.Kelas bermula dari pukul 3 petang dan Berakhir pada pukul 6 petang..





























PROGRAM SEMARAK JAWI

Tuesday, May 4, 2010



PROGRAM SEMARAK JAWI

TARIKH:31.3.2010

TEMPAT:PPAPP


Pada 31.3.2010 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah diadakan Program Semarak Jawi..Program Semarak Jawi ini bertujuan untuk memartabatkan lagi tulisan jawi..

Antara aktiviti yang diadakan pada hari itu ialah Bengkel Tulisan KhatPeraduan Melukis Poster,Pertandingan Mengeja Jawi,

Pertandingan Membaca Jawi dan Ceramah Agama.

Peserta-peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah

seluruh Pulau Pinang





Para peserta sedang mendengar taklimat dr Pn Azizah

antara yang bertugas


guru-guru memberi taklimat


para peserta beratur mendengar penerangan





peserta perempuan pertandingan melukis poster




peserta sedang khusyuk melukis



Peserta sekolah rendah lelaki


para peserta pentandingan membaca jawi

Para pengadil pertandingan membaca jawi



salah seorang peserta sedang membaca


peserta sedang menunggu giliran..

























Sambutan Maulidur Rasul Di Batu kawan

Thursday, April 29, 2010

Tarikh :25 Februari 2010
Tempat:Perkarangan Stadium hingga ke Masjid Batu Kawan



Walaupun agak terlambat,namun nak publishkan jugak entry ni sebab ini adalah aktiviti2 yang dianjurkan oleh JKKK Batu Kawan pada tahun ini. Seawal jam 8 pagi para peserta telah berkumpul di perkarangan Stadium Batu Kawan.dan tepat jam 8.30 pagi perarakan pun bermula dan berakhir di masjid Batu Kawan.Antara Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah ceramah agama,marhaban,jamuan makan dan lain-lain.















































Hargailah Orang Yang Kita Sayang


Sekadar renungan untuk kita bersama...
email ini diterima dari seorang teman...
semoga ia menjadi panduan untuk kita lebih menghargai orang-orang yang kita sayang...
jangan bila dah takde,baru kita akan merasa kehilangan
dan tahu menghargai....

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya
"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang,
tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu? Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Adakah kamu sedar,
sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah,
sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Kraf Kertas

Wednesday, February 24, 2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli atau mendapatkan kraf-kraf dari kertas anda boleh menghubungi:
PN SABARIAH BT YAHAYA
632, KG PENGKALAN,
BATU KAWAN,
14110,SIMPANG AMPAT
SPS PULAU PINANG
017-4342718
(SABAR SINAR ENT.)


RM10.00
RM15.00






RM10.00

RM15.00














RM25.00














































BIHUN MADU

Wednesday, January 13, 2010

Minggu lepas seperti biasa kelas masakan anjuran KEMAS Batu Kawan telah membuat Bihun Madu..kat sini ada resepi..sesiapa yang berminat boleh lah mencuba.
RESEPI BIHUN MADU
1 cawan gula
1 cawan air
1 peket bihun
Cara Membuat:
Gula di masak dengan air sehingga betul-betul pekat dan masukkan pewarna mengikut
Kemudian masukkan ke dalam bihun.
kacau hingga sebati
panaskan minyak..masukkan bihun di dalam kuali
masak hingga ia kembang..
bila sudah kembang masukkan ke dalam bekas plastik kecil
kemudian keluarkan dari bekas..


Bihun yang telah diwarna dan di masukkan air gula


Bihun yang telah digoreng




peserta yang menghadiri kelas masakan pada petang itu














































GREAT CATCH

Monday, January 11, 2010

Aktiviti kali ini juga aktiviti yang agak mudah tetapi memerlukan kesabaran..
Bahan-bahan:
Kertas Putih Tebal
Gunting
Crayon
pensil warna
berus
straw atau lidi
penebuk lubang
Cara Membuat
1.Gambar ikan dilukis atau di print atas kertas yang tebal
2. Warnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing
3.Tebuk lubang di sebelah hujung
4.Lekatkan penang
5.Ikat ikan-ikan yang telah diikat dengan benang ke lidi atau straw































 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger