Mari Membuat Penanda Buku


Penanda buku yang dihasilkan

Pelbagai jenis penanda buku mengikut kreativiti



Pada 5 Julai 2008 , aktiviti membuat penanda buku diadakan. Seramai kira-kira 30 orang kanak-kanak terlibat. Untuk membuat penanda buku, bahan yang diperlukan ialah:
- Kertas Warna (Tebal) di potong kepada 4 bahagian(mengikut saiz yang dikehendaki)
- gam
- gunting
- gambar dari kertas terbuang
- penebuk lubang
- plastik laminate
- riben
Cara Membuat:
Kertas tebal digunting mengikut saiz penanda buku yang dikehendaki. Ambil gambar atau anda boleh melukis sendiri mengikut kreativiti dan tampal di atas kertas tebal tersebut. Apabila siap, penanda buku boleh lah dilaminate dan lubang ditebuk disebelah hujung. Riben diikat pada lubang tersebut...Penanda buku anda dah pun siap...
Posted by Batu Kawan at 6:40 PM 0 comments
MAJLIS PELANCARAN KELAB MEMBACA KEBANGSAAN DAN FESTIVAL MEMBACA 2008
Thursday, July 3, 2008



Khusyuknya...



Sudut Bacaan Keluarga


Rumah Kampung


cantiknya sudut bacaan untuk rumah kampung

oleh
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
pada
2 Julai 2008
di
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan adalah usaha berterusan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa serta keluarga dalam memupuk minat membaca di peringkat awal usia serta mendekatkan masyarakat dengan buku, perpustakaan dan aktiviti-aktiviti pembacaan.Pelbagaai aktiviti diadakan sempena dengan pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan ini. Antaranya ialah:
i-play Toy Library
i-play Toy Library
Setiap Bayi Satu Buku
Sudut Bacaan Keluarga
Pintar Jawi
Titipan Kenangan
Jejaki Minda Pintar
Terokai Dunia Sesawang
Dunia Pembacaan Orang Kurang Upaya Penglihatan
pameran Sasterawan Negara
Laman Cerdik Kreatif
Posted by Batu Kawan at 10:16 PM 0 comments