AKTIVITI-AKTIVITI

Thursday, June 12, 2008


AKTIVITI MEMBUAT BEG KERTAS KECIL
















AKTIVITI MEWARNA DAN MENGECOP CORAK




lukisan yang dihasilkan...





corak yang menggunakan batang pisang dan ubi kentang






mengikut kreativiti masing-masing













PROGRAM BENGKEL KOMPUTER




Khusyuknya...



Kanak-kanak begitu berminat ...





Pada 5 Mei 2008 satu bengkel komputer "Pengenalan kepada Microsoft Word" telah diadakan di Perpustakaan Desa Batu Kawan. Bengkel ini adalah anjuran MSD dengan kerjasama PD Batu Kawan dan JKKK Batu Kawan. Bengkel bermula pada pukul 9.00 pagi dan berhenti rehat pada pukul 1.00. Pada pukul 2.00 petang bengkel disambung kembali dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Bengkel ini telah melibatkan kira-kira 80 orang yang terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa. Di dalam bengkel ini, kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan Microsoft Word dengan lebih jelas iaitu bermula dari peringkat permulaan hinggalah ke peringkat yang agak rumit. Sijil penghargaan akan diberi kepada semua yang mengambil bahagian.













Keceriaan di Perpustakaan Desa Batu Kawan

Untuk si kecil...
Buku untuk kanak-kanak




Buku-buku dewasa




Buku rujukan untuk kanak-kanak


Pelbagai jenis buku masakan


Buku-buku yang boleh dipinjam...






majalah-majalah terkini!!


Buku untuk si kecil...

Buku-buku resepi....


Buku-buku yang terdapat di perpustakaan
























Perpustakaan Desa Batu Kawan






PERPUSTAKAAN DESA BATU KAWAN

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menubuhkan sebuah Perpustakaan desa di Kampung Masjid Batu Kawan. Ini diharapkan dapat membantu dan menggalakkan budaya membaya membaca di kalangan penduduk setempat tanpa mengira agama, bangsa mahupun umur.
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan sehingga kini telah mempunyai ahli seramai 500 orang . Sehingga kini, perpustakaan ini mempunyai jumlah koleksi sebanyak 3870 buah buku, 10 jenis majalah setiap bulan (Anjung Seri,Wanita, Keluarga, Mastika,Pa&Ma,Kereta,Rasa, Kawan dan asuh, 2 jenis surat khabar iaitu Utusan Malaysia dan The Star.
Perpustakaan ini terletak berhadapan dengan Masjid Batu Kawan dan bersebelahan dengan Tadika Kemas Kg Masjid.
KEAHLIAN ADALAH PERCUMA!!!

Anda hanya perlu membawa bersama :
Sekeping gambar
Satu salinan kad pengenalan
Satu salinan sijil kelahiran (bagi bawah 12 tahun
PINJAMAN

Pinjaman boleh dibuat dengan segera selepas pendaftaran .
Ahli kategori dewasa boleh meminjam 2 buah buku dan 1 majalah dalam tempoh 2 minggu.
Ahli kategori kanak-kanak pula boleh meminjam 2 buah buku kanak-kanak dalam tempoh 2 minggu.

PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI
Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti :
□ Menyediakan perkhidmatan pinjaman buku
□ Perkhidmatan rujukan
□ Perkhidmatan komputer (internet,mesin pengimbas,mesin pencetak)
□ Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan suratkhabar
□ Mengadakan pencarian maklumat secara berkomputer melalui bahan-bahan berbentuk multimedia
□ Kesedaran semasa
□ Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
□ Bermainan permainan kepada ahli kelab aktiviti. Antara permainan yang disediakan : Scrabble, Congkak, Saidina, Dam, Catur, Sahibba, Puzzle dan lain-lain lagi.
□ Pinjaman Antara Perpustakaan

LOKASI


STAF YANG BERTUGAS


Nornisha Binti termizi




Hasnah Binti hashim
017-4990669


dan The Star.

Sejarah Batu Kawan

SEJARAH BATU KAWAN

Batu Kawan adalah merupakan sebuah pulau kecil yang di kelilingi oleh sebuah sungai yang di namakan dengan nama Sungai Jejawi, dan disebelah baratnya adalah laut yang menghadap ke Pulau Aman. Dari segi perbandingan Batu Kawan adalah lebih besar daripada Pulau Aman.

Menurut keterangan yang diperolehi daripada orang tua-tua yang masih ada menyatakan, bahawa Batu Kawan satu ketika dahulu di namakan dengan nama PULAU BURONG. Ini ialah kerana Batu Kawan seringkali menjadi tempat singgahan oleh ribuan jenis burung. Tetapi Pulau Burong kini hanya di sebut keatas sebuah kawasan yang terletak di bahagian selatan Batu Kawan iaitu Byram Nibong Tebal. Pulau Burong kini di jadikan Pusat Pelupusan Sampah.

Menurut sejarah, seperti mana yang di ceritakan oleh orang tua tua, sebelum Sir Francis Light membuka Pulau Pinang pada tahun 1786, ianya terlebih dahulu menjejak kaki bersama orang orangnya ke Pulau Burong ini (Batu Kawan). Oleh kerana tempat ini tidak bagitu sesuai untuk dijadikan tempat pembangunan, maka beliau cuba mencari sabuah pulau lain yang berhampiran. Akhirnya beliau telah menemui sabuah pulau iaitu Pulau Pinang. Oleh kerana di Pulau Burung (Batu Kawan) banyak batu, maka Sir Francis Light telah membuka sabuah kilang Quari Batu. Tujuannya ialah untuk membawa batu batu ke Georgetown untuk di jadikan jalan raya. Di fahamkan Pulau ini adalah merupakan Pulau yang pertama sekali Quari Batu di Pulau Pinang di buka. Disebabkan bentuk muka bumi disini berbukit dan berbatu, maka Pulau ini disebut dengan nama Batu Kawan.

Dahulunya Batu Kawan ini terdiri dari 4 buah kampung iaitu Kampung Tok Jala, Kampung Baruh, Kampung Akeh dan Kampung Pangkalan. Oleh kerana empat buah kampung ini berdekatan maka penduduk-penduduk disini menamakannya Kampung Batu Kawan. Di antara empat kampung, Kampung Pangkalan adalah merupakan destinasi pedagang pedagang membawa barangan dangangan untuk di perniagakan. Kampong Pangkalan ini merupakan satu pelabuhan kecil. Pedagang pedagang ini menggunakan sampan dan tongkang yang di perbuat daripada kayu melalui sabuah sungai. Semua barangan keperluan penduduk di pulau ini akan masuk melalui sungai ini. Pedagang pedagang China juga akan datang melalui sungai ini. Apabila kemudahan ini wujud, maka ianya menjadi begitu sibuk dan faktor keselamatan perlu di kawal. Pihak berkuasa tempatan juga telah mendirikan sebuah Balai Polis di Batu Kawan. Sebelum Balai Polis di Bukit Tambun di bina, Batu Kawan adalah merupakan Balai yang pertama di dirikan di kawasan ini. Kesan Pangkalan itu sekarang masih lagi wujud dan sungai nya masih lagi ada, tetapi sudah cetek.

Batu Kawan ini juga muncul sebagai pusat pengeluaran tebu yang terbesar di Pulau Pinang. Tebu ini di jadikan gula pasir. Sebagai buktinya terdapat Batu Kisar Bulat yang di jadikan sebagai pengisar untuk memerah dan menghancurkan batang tebu. Akhirnya di jadikan gula pasir. Selain daripada itu pula muncul ladang kelapa, getah dan akhirnya kelapa sawit. Kesan nya masih lagi ada sehingga sekarang.

Akibat proses pembangunan yang ada sekarang ini, maka kesemua perusahaan yang di nyatakan itu telah luput dalam lipatan sejarah, Cuma hanya tinggal sekarang ialah ladang kelapa sawit. Itu pun akan lenyap di telan pembangunan yang giat di jalankan di Batu Kawan. Sejarah Batu Kawan dahulu nya sebuah kampung dan sebuah ladang pertanian, kini Batu Kawan akan di bangunkan menjadi sebuah bandar yang ketiga dalam Pulau Pinang. Keadaan ini akan menjadi kenyataan apabila wujud nya Projek Jambatan Kedua yang telah di umumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi.

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger