BENGKEL SATU BAYI SATU BUKU (KURSUS UNTUK JURULATIH)

Tuesday, December 30, 2008

Pada 11-13 November 2008, bertempat di KL International Hotel satu bengkel iaitu Bengkel Satu Bayi Satu Buku (kursus untuk jurulatih) telah diadakan.Bengkel ini adalah di bawah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia(PNM). Peserta-peserta terdiri daripada wakil-wakil dari perpustakaan seluruh Semenanjung Malaysia. Fasilitator yang terlibat adalah Pn. Sabrina dan Pn. Hazrawaty dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Program satu bayi Satu buku ini adalah merupakan satu program di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Para Peserta bergambar kenangan dengan fasilitator dan Timbalan Pengarah Bah. Literasi Maklumat PNM
Fasilitator dan Timbalan Pengarah

Penyampaian hadiah untuk pemenang







Fasilitator Pn Sabrina dan Pn.Hazrawaty



Puan Sabrina menyampaikan taklimat








Pn. Hazrawaty mengajar bagaimana menjahit nama



Peserta dari Kedah dan Pulau Pinang









Para peserta sedang mendengar talimat







Peserta dari Negeri Sembilan








Peserta dari Selangor













Persembahan peserta dari Pulau Pinang




Peserta dari Terengganu yang menjadi Johan persembahan




Peserta dari Perlis


Peserta dari Negeri Cik Siti Wan Kembang



Peserta dari Perak


Peserta dari Kedah



Peserta dari Negeri Sembilan




Peserta sedang menjahit nama di atas buku

Khusyuknya peserta sedang menjahit


Buku yang siap dijahit

Bilik Aktiviti Berwajah Baru

Friday, December 26, 2008







Kini Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan berwajah baru. Dimana satu bilik aktiviti untuk kanak-kanak telah diwujudkan bagi memudahkan kanak-kanak untuk membuat aktiviti. Di dalam bilik ini juga ditempatkan bilik untuk menonton tv dan video. Selain daripada itu kanak-kanak juga akan lebih santai iaitu dengan membaca di bawah. Segala aktiviti untuk kanak-kanak dilakukan disini dan hasil kreativiti mereka juga dipamerkan di sini.

PROMOSI DI SK SAUJANA INDAH,NIBONG TEBAL

Wednesday, October 29, 2008

Pada 15 Oktober 2008, sekali lagi promosi ke sekolah diteruskan. Destinasi seterusnya adalah ke Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Nibong Tebal. Sekolah ini adalah merupakan sekolah baru yang terletak berhampiran dengan USM Transkrian. Promosi bermula pada pukul 11 dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Antara kakitangan yang terlibat adalah terdiri daripada Pen.Pegawai (PNM) di daerah SPS dan juga pembantu perpustakaan yang berdekatan iaitu PD Taman Sempadan. Keahlian yang berjaya diperolehi adalah kira-kira 200 orang. Pendekatan yang digunakan pada kali ini agak berlainan jika dibandingkan dengan promosi yang lepas. Pada kali ini kami mengadakan taklimat dan tayangan slide (powerpoint) untuk pelajar-pelajar. Setelah selesai taklimat dan penerangan barulah pelajar-pelajar dibenarkan melihat pameran, menyertai aktiviti dan seterusnya membuat pendaftaran. Alhamdulillah kerjasama semua pihak amat menggalakkan.
Sek. Keb. Saujana Indah, Nibong Tebal
Keadaan di dalam Perpustakaan sekolah (tempat promosi)

Buku-buku yang dipamerkan


Hasil kreatif guru-guru


Buku-buku dari perpustakaan

Staf-staf yang terlibat


Permainan yang ada di perpustakaan

Promosi Setiap Bayi Satu Buku juga tidak ketinggalan

Cik Dhorifah (PD Taman Sempadan) memberikan taklimat berkaitan perpustakaan

Kanak-kanak sekolah khusyuk mendengar taklimat






Pelajar melihat pameran buku

Pelajar-pelajar membuat pendaftaran


Beratur untuk menjawab kuiz

Menyelesaikan kuiz

































Mari membuat rama-rama

Friday, October 24, 2008

Aktiviti pada hari ini adalah mari membuat rama-rama.
Seramai 30 kanak-kanak mengambil bahagian

Bahan-bahan yang diperlukan:

kertas warna(digunting 4 segi)
benang
gam
gunting

Cara membuat:
kertas dilipat seperti membuat kipas.
Buat 2 keping.
Kemudian cantumkan sehingga menjadi bentuk rama-rama.
jangan lupa letakkan sesungut...
anda bolehlah hiaskan mengikut kreativiti anda..
















 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger