PROMOSI DI SK SAUJANA INDAH,NIBONG TEBAL

Wednesday, October 29, 2008

Pada 15 Oktober 2008, sekali lagi promosi ke sekolah diteruskan. Destinasi seterusnya adalah ke Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Nibong Tebal. Sekolah ini adalah merupakan sekolah baru yang terletak berhampiran dengan USM Transkrian. Promosi bermula pada pukul 11 dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Antara kakitangan yang terlibat adalah terdiri daripada Pen.Pegawai (PNM) di daerah SPS dan juga pembantu perpustakaan yang berdekatan iaitu PD Taman Sempadan. Keahlian yang berjaya diperolehi adalah kira-kira 200 orang. Pendekatan yang digunakan pada kali ini agak berlainan jika dibandingkan dengan promosi yang lepas. Pada kali ini kami mengadakan taklimat dan tayangan slide (powerpoint) untuk pelajar-pelajar. Setelah selesai taklimat dan penerangan barulah pelajar-pelajar dibenarkan melihat pameran, menyertai aktiviti dan seterusnya membuat pendaftaran. Alhamdulillah kerjasama semua pihak amat menggalakkan.
Sek. Keb. Saujana Indah, Nibong Tebal
Keadaan di dalam Perpustakaan sekolah (tempat promosi)

Buku-buku yang dipamerkan


Hasil kreatif guru-guru


Buku-buku dari perpustakaan

Staf-staf yang terlibat


Permainan yang ada di perpustakaan

Promosi Setiap Bayi Satu Buku juga tidak ketinggalan

Cik Dhorifah (PD Taman Sempadan) memberikan taklimat berkaitan perpustakaan

Kanak-kanak sekolah khusyuk mendengar taklimat






Pelajar melihat pameran buku

Pelajar-pelajar membuat pendaftaran


Beratur untuk menjawab kuiz

Menyelesaikan kuiz

































0 comments:

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger