Friday, January 8, 2010
Jamuan akhir tahun Tadika Kemas Batu Kawan telah diadakan di Tadika Kemas Batu Kawan.Para ibu bapa dan kanak-kanak dijemput untuk memeriahkan lagi jamuan ini...
Selangkah Ke Perpustakaan, 1000 Pengetahuan..
Posted by Batu Kawan at 8:51 PM 0 comments
Labels: Program
Pada 15 november 2009 yang lepas,saya beserta beberapa orang pegawai PD PNM daerah SPS iaitu Amran,Norhafiza,Dhorifah dan Siti Salmiah pembantu dari PD Sg. Chenaam telah bersama-sama memeriahkan lagi Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS), anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Sungai Chenaam,Seberang Perai Selatan.
Objektif program ini ialah untuk mendekatkan penduduk kampung dan generasi muda dengan pelbagai kebudayaan tradisional negara yang tak lepuk dek hujan dan tak kering dek panas. Antara-antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna,Pertandingan Congkak,Batu seremban,Gubahan sireh junjung,gubahan lipatan,pertandingan sepak raga serta marhaban dan tahlil.
Aturcara Majlis di mana perasmian oleh Dato'Hj Mahmud bin Zakaria (ADUN Sg Acheh)
Posted by Batu Kawan at 10:03 PM 0 comments
Labels: Program