Selamat Hari Merdeka & Selamat Menyambut Ramadhan

Friday, August 29, 2008

SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...

Alhamdulillah, syukur kerana masih berkesempatan bertemu
Ramadhan pada tahun ini...
Semoga Ramadhan tahun ini menjanjikan seribu ketenangan,
ketakwaan dan keredhaan kepada kita dalam menempuh liku-liku kehidupan...

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA

Thursday, August 28, 2008

Pada 22-24 Ogos 2008,
Satu program iaitu Program Rakan Muda Wawasan Desa
telah diadakan di Kampung Masjid, Batu Kawan.
Program ini adalah anjuran Majlis Belia
Daerah Seberang Perai Selatan
dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah
Seberang Perai Selatan.
Pelajar-pelajar dari SMK Sungai Acheh
iaitu seramai 31 orang
telah berpeluang menjadi anak angkat
kepada penduduk-penduduk
Kampung Masjid, Batu Kawan.
Seramai 13 keluarga menawarkan diri
untuk menjadi keluarga angkat
kepada pelajar-pelajar ini.
Pelbagai aktiviti dilakukan
antaranya adalah seperti
gotong-royong, program motivasi,
ceramah agama dan aktiviti senamrobik.
Pelajar-pelajar berpeluang
merasai kehidupan di kampung
selama 3 hari, 2 malam.




























































PROMOSI DI SK SG KECHIL HILIR

Wednesday, August 27, 2008

Pada 12 Ogos 2008, hari Selasa kami Pen. Pegawai Perpustakaan dari PD Batu Kawan, PD Taman Belibis,PD Pulau Aman, PD Sungai Bakap, PD Sg. Chenaam dan PD Kg Besar telah mengadakan promosi perpustakaan di SK Sungai Kechil Hilir yang terletak bersempadan antara negeri Pulau Pinang dan Kedah. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi promosi tersebut.Promosi tersebut diadakan didalam dewan sekolah. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti kuiz dan permainan dalaman. Pendaftaran pelajar pada hari itu amat menggalakkan iaitu mencecah sehingga 400 orang. Para pelajar diberi cenderahati yang berupa coklat, buku nota, pen dan kipas.
Para pelajar begitu berminat dengan buku-buku yang dipamerkan

Pelajar tahun 1 hingga 6

Petugas sibuk mengambil gambar pelajar



Para pelajar beratur menunggu giliran untuk mendaftar


Guru terpaksa mengawal pelajar supaya beratur





PROMOSI DI SMK TUN SYED SYEIKH BARAKBAH

Monday, August 18, 2008


Pameran buku


Permainan yang disediakan


Khusyuk bermain..



Main dam..



Cikgu pun tumpang sekaki..



Para pelajar erminat dengan buku-buku.kala nak pinjam kena la mai perpustakaan...








Tempat Promosi dijalankan...
Pada 7 Ogos 2008, hari Selasa kami telah mengadakan promosi perpustakaan di SMK Tun Syed Syeikh Barakbah, Sungai Bakap bersempena dengan hari perjumpaan guru dan ibu bapa. Sekolah yang ada dua sesi ini adalah merupakan sekolah yang terdapat di daerah Sungai bakap. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik pelajar-pelajar untuk menjadi ahli perpustakaan. Antaranya adalah seperti pemberian cenderahati, permainan, kuiz dan pameran buku.. Keahlian baru kira-kira 160 orang termasuk guru-guru.








PROMOSI DI SMK BATU KAWAN

Tuesday, August 12, 2008

Foyer tempat untuk promosi
bersama pengetua yang baik hati Pn. Hjh. Jusniar bt Abd. jalil


Pameran buku


bahagian pendaftaran


Bahagian aktiviti dan kuiz





Bahagian permainan


Buku-buku yang boleh dipinjam di perpustakaan





pelajar meluangkan masa untuk bermain


Sibuk menjawab kuiz...ada hadiah tau...



bila dah main, tak nak berganjak la pulak

Ni tengah asyik mengisi borang pendaftaran,tak cukup tempat..di kaki lima pun ok..

Ni pun sibuk isi borang..dapat cenderahati..







Melihat pameran buku


pPen.pegawai dan pembantu yang datang membantu..



sibuk membelek buku..


cikgu tengah promote kat student..
Pada 5 Ogos 2008, bertempat di Foyer SMK Batu Kawan, kami telah mengadakan promosi perpustakaan. Kesemua penolong pegawai di Perpustakaan sebelah SPS datang membantu dalam menjayakan promosi ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pameran buku, permainan, kuiz dan aktiviti dan yang paling utama adalah pendaftaran kehalian perpustakaan. dalam promosi ini kami telah berjaya menambah kehalian lebih 200 orang. Disamping pelajar-pelajar, guru-guru turut mendaftar. Setiap ahli yang berdaftar pada hari itu diberi sedikit cenderahati. kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada SMK Batu Kawan terutamanya guru-guru dan pengetua Pn. Hajjah Jusniar Abd. Jalil yang memberi layanan yang mesra. Jasa anda amat kami hargai....



















PERSIAPAN SEBELUM PROMOSI

cenderahati untuk promosi...beg,buku nota dan kipas



sebelum di pek..

buku nota kecil




kipas berlogo PNM




Beg plastik pemberian PNM










Barang-barang yang hendak dimasukkan ke dalam beg



beg cenderahati yang telah siap




dimasukkan ke dalam kotak


Beg plastik yang telah siap disusun



Kami telah membuat perancangan yang agak lama untuk mengadakan promosi di sekolah-sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan. Akhirnya pada 5 Ogos 2008 kami telah merancang untuk membuat promosi di SMK Batu Kawan. Pelbagai cenderahati disediakan untuk peserta-peserta yang mendaftar. Ini bertujuan untuk menggalak dan menarik minat mereka untuk menjadi ahli dan seterusnya untuk berkunjung ke perpustakaan.Segala cenderahati ini diterima dari pihak PNM dan kami juga ada menyediakan sedikit hadiah untuk aktiviti-aktiviti yang disediakan..













 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger