Sejarah Batu Kawan

Thursday, June 12, 2008

SEJARAH BATU KAWAN

Batu Kawan adalah merupakan sebuah pulau kecil yang di kelilingi oleh sebuah sungai yang di namakan dengan nama Sungai Jejawi, dan disebelah baratnya adalah laut yang menghadap ke Pulau Aman. Dari segi perbandingan Batu Kawan adalah lebih besar daripada Pulau Aman.

Menurut keterangan yang diperolehi daripada orang tua-tua yang masih ada menyatakan, bahawa Batu Kawan satu ketika dahulu di namakan dengan nama PULAU BURONG. Ini ialah kerana Batu Kawan seringkali menjadi tempat singgahan oleh ribuan jenis burung. Tetapi Pulau Burong kini hanya di sebut keatas sebuah kawasan yang terletak di bahagian selatan Batu Kawan iaitu Byram Nibong Tebal. Pulau Burong kini di jadikan Pusat Pelupusan Sampah.

Menurut sejarah, seperti mana yang di ceritakan oleh orang tua tua, sebelum Sir Francis Light membuka Pulau Pinang pada tahun 1786, ianya terlebih dahulu menjejak kaki bersama orang orangnya ke Pulau Burong ini (Batu Kawan). Oleh kerana tempat ini tidak bagitu sesuai untuk dijadikan tempat pembangunan, maka beliau cuba mencari sabuah pulau lain yang berhampiran. Akhirnya beliau telah menemui sabuah pulau iaitu Pulau Pinang. Oleh kerana di Pulau Burung (Batu Kawan) banyak batu, maka Sir Francis Light telah membuka sabuah kilang Quari Batu. Tujuannya ialah untuk membawa batu batu ke Georgetown untuk di jadikan jalan raya. Di fahamkan Pulau ini adalah merupakan Pulau yang pertama sekali Quari Batu di Pulau Pinang di buka. Disebabkan bentuk muka bumi disini berbukit dan berbatu, maka Pulau ini disebut dengan nama Batu Kawan.

Dahulunya Batu Kawan ini terdiri dari 4 buah kampung iaitu Kampung Tok Jala, Kampung Baruh, Kampung Akeh dan Kampung Pangkalan. Oleh kerana empat buah kampung ini berdekatan maka penduduk-penduduk disini menamakannya Kampung Batu Kawan. Di antara empat kampung, Kampung Pangkalan adalah merupakan destinasi pedagang pedagang membawa barangan dangangan untuk di perniagakan. Kampong Pangkalan ini merupakan satu pelabuhan kecil. Pedagang pedagang ini menggunakan sampan dan tongkang yang di perbuat daripada kayu melalui sabuah sungai. Semua barangan keperluan penduduk di pulau ini akan masuk melalui sungai ini. Pedagang pedagang China juga akan datang melalui sungai ini. Apabila kemudahan ini wujud, maka ianya menjadi begitu sibuk dan faktor keselamatan perlu di kawal. Pihak berkuasa tempatan juga telah mendirikan sebuah Balai Polis di Batu Kawan. Sebelum Balai Polis di Bukit Tambun di bina, Batu Kawan adalah merupakan Balai yang pertama di dirikan di kawasan ini. Kesan Pangkalan itu sekarang masih lagi wujud dan sungai nya masih lagi ada, tetapi sudah cetek.

Batu Kawan ini juga muncul sebagai pusat pengeluaran tebu yang terbesar di Pulau Pinang. Tebu ini di jadikan gula pasir. Sebagai buktinya terdapat Batu Kisar Bulat yang di jadikan sebagai pengisar untuk memerah dan menghancurkan batang tebu. Akhirnya di jadikan gula pasir. Selain daripada itu pula muncul ladang kelapa, getah dan akhirnya kelapa sawit. Kesan nya masih lagi ada sehingga sekarang.

Akibat proses pembangunan yang ada sekarang ini, maka kesemua perusahaan yang di nyatakan itu telah luput dalam lipatan sejarah, Cuma hanya tinggal sekarang ialah ladang kelapa sawit. Itu pun akan lenyap di telan pembangunan yang giat di jalankan di Batu Kawan. Sejarah Batu Kawan dahulu nya sebuah kampung dan sebuah ladang pertanian, kini Batu Kawan akan di bangunkan menjadi sebuah bandar yang ketiga dalam Pulau Pinang. Keadaan ini akan menjadi kenyataan apabila wujud nya Projek Jambatan Kedua yang telah di umumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi.

1 comments:

Anonymous said...

awat lembab sangat macam ngan pelaq

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger