Thursday, August 27, 2009
Pada 27 Jun2009 Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan telah mengadakan Program Bumi Hijau. Seorang pegawai dari jabatan Pertanian iaitu Pn Zarina Bt Ramli telah memberi ceramah berkenaan program ini.
Program Bumi Hijau adalah program untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dengan amalan bercucuk tanam (sayur-sayuran atau ulam-ulaman) dan menternak (ayam kampung atau ikan keli dalam kanvas) di sekitar kediaman mereka (rumah pangsapuri, rumah teres atau rumah kampung). Orang ramai yang tinggal di bandar juga dapat bercucuk tanam iaitu dengan cara penanaman menggunakan polibeg , pasu atau bahan-bahan terbuang.
Para peserta terdiri daripada ibu-ibu dan ada juga bapa yang hadir iatu kira-kira 35 orang. Mereka telah diberikan sedikit cenderamata dari jabatan pertanian iaitu benih sayuran seperti bayam,cili,kangkung,bendi,baja dan racun serangga.
Diharapkan semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendekatkan masyarakat sekitar Batu Kawan dengan program-program yang dijalankan oleh kerajaan seperti Program Bumi Hijau ini.


