PROMOSI DI SMK BATU KAWAN

Tuesday, August 12, 2008

Foyer tempat untuk promosi
bersama pengetua yang baik hati Pn. Hjh. Jusniar bt Abd. jalil


Pameran buku


bahagian pendaftaran


Bahagian aktiviti dan kuiz





Bahagian permainan


Buku-buku yang boleh dipinjam di perpustakaan





pelajar meluangkan masa untuk bermain


Sibuk menjawab kuiz...ada hadiah tau...



bila dah main, tak nak berganjak la pulak

Ni tengah asyik mengisi borang pendaftaran,tak cukup tempat..di kaki lima pun ok..

Ni pun sibuk isi borang..dapat cenderahati..







Melihat pameran buku


pPen.pegawai dan pembantu yang datang membantu..



sibuk membelek buku..


cikgu tengah promote kat student..
Pada 5 Ogos 2008, bertempat di Foyer SMK Batu Kawan, kami telah mengadakan promosi perpustakaan. Kesemua penolong pegawai di Perpustakaan sebelah SPS datang membantu dalam menjayakan promosi ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pameran buku, permainan, kuiz dan aktiviti dan yang paling utama adalah pendaftaran kehalian perpustakaan. dalam promosi ini kami telah berjaya menambah kehalian lebih 200 orang. Disamping pelajar-pelajar, guru-guru turut mendaftar. Setiap ahli yang berdaftar pada hari itu diberi sedikit cenderahati. kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada SMK Batu Kawan terutamanya guru-guru dan pengetua Pn. Hajjah Jusniar Abd. Jalil yang memberi layanan yang mesra. Jasa anda amat kami hargai....



















PERSIAPAN SEBELUM PROMOSI

cenderahati untuk promosi...beg,buku nota dan kipas



sebelum di pek..

buku nota kecil




kipas berlogo PNM




Beg plastik pemberian PNM










Barang-barang yang hendak dimasukkan ke dalam beg



beg cenderahati yang telah siap




dimasukkan ke dalam kotak


Beg plastik yang telah siap disusun



Kami telah membuat perancangan yang agak lama untuk mengadakan promosi di sekolah-sekolah di sekitar Seberang Perai Selatan. Akhirnya pada 5 Ogos 2008 kami telah merancang untuk membuat promosi di SMK Batu Kawan. Pelbagai cenderahati disediakan untuk peserta-peserta yang mendaftar. Ini bertujuan untuk menggalak dan menarik minat mereka untuk menjadi ahli dan seterusnya untuk berkunjung ke perpustakaan.Segala cenderahati ini diterima dari pihak PNM dan kami juga ada menyediakan sedikit hadiah untuk aktiviti-aktiviti yang disediakan..













Gotong Royong PLKN Sri Impian

Thursday, August 7, 2008

Sibuk menyediakan makanan tengah hari..
Peserta PLKN dan Pejabat Daerah

Menanam pokok...



Membersihkan dewan


Kolam ikan di Tabika dibersihkan..



Pokok yang hampir tumbang..











Membersihkan longkang di perpustakaan

Pada 3 Ogos 2008, satu gotong royong telah diadakan. Para peserta dari Kem PLKN Sri Impian dengan kerjasama Pejabat Daerah Jawi telah berkunjung ke Batu Kawan. Antara kawasan yang dibersihkan ialah masjid, perpustakaan, Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai. Para peserta begitu bersemangat sekali. Gotong royong tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 1.00 tengah hari. Para peserta yang terlibat dijamu dengan Nasi dan Kurma Kambing sebagai makanan tengahari...









Uji Mata Dan Minda

Monday, July 21, 2008
































Uji Mata dan Minda anda...iaitu dengan mencari beberapa bentuk segi tiga yang akan membentuk seekor kanggaru...Seramai kira-kira 36 orang kanak-kanak mengambil bahagian. Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu yang Lepas 19 Julai 2008

Mari Membuat Penanda Buku





Penanda buku yang dihasilkan


Pelbagai jenis penanda buku mengikut kreativiti





Kanak-kanak yang mengambil bahagian


Mula menggunting gambar...


Pada 5 Julai 2008 , aktiviti membuat penanda buku diadakan. Seramai kira-kira 30 orang kanak-kanak terlibat. Untuk membuat penanda buku, bahan yang diperlukan ialah:
  • Kertas Warna (Tebal) di potong kepada 4 bahagian(mengikut saiz yang dikehendaki)
  • gam
  • gunting
  • gambar dari kertas terbuang
  • penebuk lubang
  • plastik laminate
  • riben

Cara Membuat:

Kertas tebal digunting mengikut saiz penanda buku yang dikehendaki. Ambil gambar atau anda boleh melukis sendiri mengikut kreativiti dan tampal di atas kertas tebal tersebut. Apabila siap, penanda buku boleh lah dilaminate dan lubang ditebuk disebelah hujung. Riben diikat pada lubang tersebut...Penanda buku anda dah pun siap...








MAJLIS PELANCARAN KELAB MEMBACA KEBANGSAAN DAN FESTIVAL MEMBACA 2008

Thursday, July 3, 2008

Pen.Pegawai PNM yang hadir...
Bahan Permainan untuk kanak-kanak


Khusyuknya...

i-play toy







Sudut Bacaan Keluarga






Rumah Kampung





cantiknya sudut bacaan untuk rumah kampung




Karnival Membaca 2008


Majlis Pelancaran
oleh

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

pada

2 Julai 2008
di

Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra



Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan adalah usaha berterusan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa serta keluarga dalam memupuk minat membaca di peringkat awal usia serta mendekatkan masyarakat dengan buku, perpustakaan dan aktiviti-aktiviti pembacaan.Pelbagaai aktiviti diadakan sempena dengan pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan ini. Antaranya ialah:

i-play Toy Library

    Setiap Bayi Satu Buku

    Sudut Bacaan Keluarga


    Pintar Jawi

    Titipan Kenangan


    Jejaki Minda Pintar


    Terokai Dunia Sesawang

    Dunia Pembacaan Orang Kurang Upaya Penglihatan


    pameran Sasterawan Negara

    Laman Cerdik Kreatif



























 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger