Hargailah Orang Yang Kita Sayang

Thursday, April 29, 2010


Sekadar renungan untuk kita bersama...
email ini diterima dari seorang teman...
semoga ia menjadi panduan untuk kita lebih menghargai orang-orang yang kita sayang...
jangan bila dah takde,baru kita akan merasa kehilangan
dan tahu menghargai....

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan" Katanya
"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang,
tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu? Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Adakah kamu sedar,
sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah,
sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Kraf Kertas

Wednesday, February 24, 2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli atau mendapatkan kraf-kraf dari kertas anda boleh menghubungi:
PN SABARIAH BT YAHAYA
632, KG PENGKALAN,
BATU KAWAN,
14110,SIMPANG AMPAT
SPS PULAU PINANG
017-4342718
(SABAR SINAR ENT.)


RM10.00
RM15.00






RM10.00

RM15.00














RM25.00














































BIHUN MADU

Wednesday, January 13, 2010

Minggu lepas seperti biasa kelas masakan anjuran KEMAS Batu Kawan telah membuat Bihun Madu..kat sini ada resepi..sesiapa yang berminat boleh lah mencuba.
RESEPI BIHUN MADU
1 cawan gula
1 cawan air
1 peket bihun
Cara Membuat:
Gula di masak dengan air sehingga betul-betul pekat dan masukkan pewarna mengikut
Kemudian masukkan ke dalam bihun.
kacau hingga sebati
panaskan minyak..masukkan bihun di dalam kuali
masak hingga ia kembang..
bila sudah kembang masukkan ke dalam bekas plastik kecil
kemudian keluarkan dari bekas..


Bihun yang telah diwarna dan di masukkan air gula


Bihun yang telah digoreng




peserta yang menghadiri kelas masakan pada petang itu














































GREAT CATCH

Monday, January 11, 2010

Aktiviti kali ini juga aktiviti yang agak mudah tetapi memerlukan kesabaran..
Bahan-bahan:
Kertas Putih Tebal
Gunting
Crayon
pensil warna
berus
straw atau lidi
penebuk lubang
Cara Membuat
1.Gambar ikan dilukis atau di print atas kertas yang tebal
2. Warnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing
3.Tebuk lubang di sebelah hujung
4.Lekatkan penang
5.Ikat ikan-ikan yang telah diikat dengan benang ke lidi atau straw































LOLIPOP FLOWER

Friday, January 8, 2010

Kanak-kanak ni kadangkala mudah jemu apabila kita membuat sesuatu yang agak rumit dan sukar..Untuk menghilangkan jemu kanak-kanak disini..saya telah membuat satu aktiviti yang paling mudah,murah dan menjimatkan masa...namun hasilnya tetap cantik...aktiviti tersebut ialah Lolipop flower..
Bahan-bahan
Span yang berwana warni
gunting
pembaris
pen
lidi
Cara Membuat
1.Mula-mula span digunting mengikut saiz yang telah diukur
2.Letakkan dua span yang berbeza warna
3.Pusing je span tu dengan perlahan-lahan
4.Kemudian cucuk dengan lidi..
5.Dah siap pun ...senangkan...
























*Ni hasil aktiviti dan kreativiti kanak-kanak di PD Batu Kawan





JAMUAN AKHIR TAHUN TADIKA KEMAS BATU KAWAN

Jamuan akhir tahun Tadika Kemas Batu Kawan telah diadakan di Tadika Kemas Batu Kawan.Para ibu bapa dan kanak-kanak dijemput untuk memeriahkan lagi jamuan ini...

Antara hidangan pada hari itu yang kebanyakan di bawa oleh ibu bapa

Kanak-kanak sedang menikmati hidangan

Antara ibu bapa yang hadir


khusyuk sekali menikmati hidangan

Makan jangan tak makan

Makan dengan sopan ye adik-adik...

Beratur untuk bersalam dengan cikgu

Pelajar menerima cenderahati dari cikgu...terima kasih cikgu

*Sekalung Terima kasih kepada cikgu Fauziah kerana telah banyak memberi kerjasama sepanjang tahun kepada PD Batu Kawan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan..






MANY SHAPES PICTURE

Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak mengenal bentuk dan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik..

BAHAN-BAHAN
kertas berwarna-warni
gunting
gam
kertas tebal (putih @ hitam)
penebuk lubang

CARA MEMBUAT
Lukis atau print bentuk-bentuk yang ada seperti bentuk bulat,segitiga,empat segi di atas kertas yang berwarna warni
2. gunting mengikut bentuk tersebut
3.Gam dan cantum bentuk-bentuk tersebut menjadi rumah,pokok-pokok,binatang dan sebagainya
4.Tampal di atas kerta tebal..







Ini adalah hasil kreativiti kanak-kanak di PD Batu Kawan


 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger