Puppet Finger Bersama Tabika Kemas Batu Kawan

Tuesday, November 17, 2009

Ini untuk anak2 yang hadir.....jelas kegembiraan terpancar di wajah mereka...


Pada 17 November 2009, PD Batu Kawan telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Tabika Kemas Batu Kawan...Dah lama merancang, baru hari ini mereka mempunyai masa yang terluang.


Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti "finger puppet" di mana pelajar-pelajar tabika dikehendaki mewarna gambar burung dan arnab yang dijadikan puppet.


Gambar tersebut kemudiaannya digunting dan dilekat ke atas kertas yang digulung dan dapat dimuatkan ke anak jari


Para pelajar begitu bersungguh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan









Ini antara puppet yang menarik perhatian...








Selepas dah menyiapkan puppet,mereka berpeluang bermain i-play



















Pertandingan Kampung Indah di Sungai Chenaam SPS

Monday, November 9, 2009

Pada 5 Oktober 2009 bersempena dengan kunjungan pengadil-pengadil pertandingan keindahan kampung di Sungai Chenaam Seberang Perai Selatan pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya adalah pameran,demonstrasi memasak chicken chop,
kapal terbang control dan lain lain lagi..
Ini adalah chicken chop yang telah dimasak oleh peserta dari KEMAS Sungai Chenaam dimana para hadirin yang hadir diberi peluang melihat sendiri bagaimana cara membuat chicken chop dan seterusnya berpeluang merasa keenakan chicken chop tersebut..

Sibuk menyediakan chicken chop

Yang Berhormat Adun Sungai Acheh mencuba bakat untuk membuat chicken chop


Kanak-kanak tadika yang datang




Pemberian duit raya oleh YB






Kanak-kanak tadika yang datang




Kraftangan yang disediakan oleh penduduk Sungai Chenaam













BIRTHDAY HAT

Aktiviti pada hari ini ialah
Birthday Hat
Materials Needed
Printable colored card stock or construction paper
Scotch tape
Glue stick
Hole punch
Stapler
Cutter
Elastic string
Stickers, glitter glue, colored paper, crayons
Curly ribbons, pompoms, or crepe paper











Aktiviti kanak-kanak (Fruit Basket)

Tuesday, September 8, 2009

Hari sabtu lepas,satu aktiviti untuk kanak-kanak telah diadakan iaitu aktiviti mewarna,menggunting,menampal.Aktiviti ini dinamakan "Fruit Basket".Seramai 30 orang kanak-kanak mengambil bahagian..Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan..

Lihatlah hasilnya seperti di bawah.

Ini fruit basket yang paling cantik..














Peserta yang mengambil bahagian




begitu khusyuk sekali


kaler dik..jgn tak kaler

cam pertandingan lak..












PROGRAM BUMI HIJAU-Tanam Sendiri,Makan Sendiri..

Thursday, August 27, 2009

Pada 27 Jun2009 Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Selatan telah mengadakan Program Bumi Hijau. Seorang pegawai dari jabatan Pertanian iaitu Pn Zarina Bt Ramli telah memberi ceramah berkenaan program ini.
Program Bumi Hijau adalah program untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dengan amalan bercucuk tanam (sayur-sayuran atau ulam-ulaman) dan menternak (ayam kampung atau ikan keli dalam kanvas) di sekitar kediaman mereka (rumah pangsapuri, rumah teres atau rumah kampung). Orang ramai yang tinggal di bandar juga dapat bercucuk tanam iaitu dengan cara penanaman menggunakan polibeg , pasu atau bahan-bahan terbuang.
Para peserta terdiri daripada ibu-ibu dan ada juga bapa yang hadir iatu kira-kira 35 orang. Mereka telah diberikan sedikit cenderamata dari jabatan pertanian iaitu benih sayuran seperti bayam,cili,kangkung,bendi,baja dan racun serangga.
Diharapkan semoga dengan adanya program seperti ini dapat mendekatkan masyarakat sekitar Batu Kawan dengan program-program yang dijalankan oleh kerajaan seperti Program Bumi Hijau ini.
Para peserta dari kaum ibu
khusyuknya makcik2 ni dgr ceramah

ada juga yang membawa anak kecil...takde masalah..


Pn zarina dari Jabatan Pertanian



Buku-buku yang berkaitan dengan pertanian. Lepas ni sape yang berminat boleh la pinjam...




sesi soal jawab..tanya jangan tak tanya...





Masa yang ditunggu-tunggu..cenderahati dari Jabatan Pertanian..terima kasih daun keladi..






Semua peserta dapat..jangan risau..


Pn. Zarina dikerumuni selepas sesi ceramah..banyak kemusykilan nampaknya...


Ni pulak nak dpatkan brosur-brosur mengenai tanaman...


Semangat nampaknya..lepas ni boleh la tanam sayur sendiri di belakang rumah..










Majlis Perasmian PD SPS & Karnival Membaca

Wednesday, June 24, 2009

Pada 31 Mei 2009 bertempat di Perpustakaan Desa Sungai Chenaam, Seberang Perai selatan telah diadakan majlis Perasmian 4 Perpustakaan Desa di seberang Perai selatan iaitu PD Kampung Besar,PD Sungai Bakap, PD Taman Sempadan dan PD Sungai Chenaam.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya adalah aktiviti untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna,Pertandingan congkak,Pertandingan Membaca Jawi dan lain-lain Manakala untu golongan dewasa pula telah diadakan Pertandingan Membuat Gubahan Tuala dan Coklat. Selain daripada itu, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan silat, boria dan nasyid daripada PPAPP. Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Yang Berbahagia En Raslin bin Abu Bakar.

Plak perasmian perpustakaan

PD Sungai Chenaam




Aktiviti Mewarna



Kanak-kanak begitu tekan mewarna sambil dibantu oleh ibu bapa




Pertandingan Membaca Jawi

Pemeriksaan Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan


Pertandingan Congkak


Salah seorang peserta Gubahan Lipatan Tuala


Peserta Gubahan Coklat

Peserta gubahan tuala



Hasil kreatif seorang peserta lelaki..


Majlis Perasmian Perpustakaan Desa dan Karnival Membaca


Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah






























































 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger