Thursday, September 4, 2008
Pada 31 Ogos 2008 satu sambutan meraikan Kemerdekaan telah diadakan secara sederhana tetapi meriah. Majlis sambutan ini adalah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Batu Kawan dan Tabika Kemas Batu Kawan. Ia adalah bertujuan untuk mengingati detik-detik kemerdekaan negara dan menyemai semangat cintakan negara kepada anak-anak kecil dan juga pelajar-pelajar.Pelbagai aktiviti disediakan untuk mengisi program ini.
Seawal jam 7.00 pagi kami telah bersiap sedia menunggu peserta-peserta yang terdiri daripada pengguna-pengguna perpustakaan dan juga pelajar-pelajar Tabika Kemas. Stadium Batu Kawan menjadi destinasi permulaan perarakan dan akan berakhir di perpustakaan. Para peserta kelihatan begitu bersemangat sekali. Alhamdulillah, cuaca pada hari ini juga redup sekali.Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku.
Setelah selesai nyanyian Negaraku, perarakan pun bermula iaitu pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Kesemua peserta berkumpul di Tadika kemas untuk mendengar ucapan pengerusi JKKK iaitu Hj. Abdul Aziz Wan Chik. Setelah beliau memberi ucapan para peserta meneruskan dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Untuk pelajar-pelajar tadika, aktiviti sukaneka seperti membawa bola ping pong, isi air dalam botol, kerusi berirama dan lain-lain diadakan. Manakala untuk pengguna dan pelajar aktiviti yang disediakan adalah Kolaj Bijirin Bendera Malaysia dan Kuiz Jejak Ilmu Minda Merdeka.Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Pengerusi JKKK Kg. Masjid Batu Kawan.
Akhir sekali peserta-peserta yang mengambil bahagian di jamu dengan Mihun Sup dan juga kuih muih. Tergambar wajah kepuasan dan kegembiraan kerana kesemua peserta yang mengambil bahagian diberi sedikit cenderahati. Semoga Kemerdekaan ini menambahkan keazaman kita untuk menjadi warganegara yang cintakan negara...
"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"
Stadium Batu Kawan
Mercu Tanda Batu Kawan permulaan destinasi...
Segak bergaya anak-anak cilik
Beratur dalam barisan....
Mercu Tanda Batu Kawan permulaan destinasi...
Segak bergaya anak-anak cilik
Beratur dalam barisan....
Wajah-wajah anak merdeka...
Tak sabar untuk berarak...
Perjalanan bermula....
Begitu bersemangat sekali
Ibu bapa pun tak melepaskan peluang
0 comments:
Post a Comment