Wednesday, December 16, 2009
Menu TAUGE untuk hidangan                 makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata                 oleh kebanyakan kita.
              Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.                 
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi                 pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai                 banyak khasiat.
           
              Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan                 wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan                 sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu                 juga wanita, ia cukupberkesan membantu kesuburan telur yang                 dihasilkan.
           
              Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan,                 ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus                 besar, pankreas                 dan juga penyakit leukimia.
           
              Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis                 kacang hijau, alfalfa                 dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat.                 Salah satunya ialah kanavanin (                 canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin,                 dikatakan mampu melumpuhkan                 bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.                 
           
              Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi                 sama dengan estrogen                 sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta                 mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis                 ) 
           
              Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari                 kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus,                 dan gangguan akibat menopaus.
           
              Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara                 umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. 
           
              Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung,                 gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak                 mengambil tauge dalam menu harian mereka.
           
              Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL,                 tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
           
              Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas                 perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan                 kesimpulan tauge merupakan sayuran                 yang membuat anda menjadi lebih muda.
           
              Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus                 besar kerana mengandungi banyak serat dan air.                 Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser                 .
           
              Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi                 zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia                 akan mencegah pengumpulan                 bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih                 kanser.
           
              Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi                 untuk mengambilnya.
              Jadi apalagi,
                
           
              JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari . 
      


0 comments:
Post a Comment