PROMOSI DI SK SAUJANA INDAH,NIBONG TEBAL

Wednesday, October 29, 2008

Pada 15 Oktober 2008, sekali lagi promosi ke sekolah diteruskan. Destinasi seterusnya adalah ke Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Nibong Tebal. Sekolah ini adalah merupakan sekolah baru yang terletak berhampiran dengan USM Transkrian. Promosi bermula pada pukul 11 dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Antara kakitangan yang terlibat adalah terdiri daripada Pen.Pegawai (PNM) di daerah SPS dan juga pembantu perpustakaan yang berdekatan iaitu PD Taman Sempadan. Keahlian yang berjaya diperolehi adalah kira-kira 200 orang. Pendekatan yang digunakan pada kali ini agak berlainan jika dibandingkan dengan promosi yang lepas. Pada kali ini kami mengadakan taklimat dan tayangan slide (powerpoint) untuk pelajar-pelajar. Setelah selesai taklimat dan penerangan barulah pelajar-pelajar dibenarkan melihat pameran, menyertai aktiviti dan seterusnya membuat pendaftaran. Alhamdulillah kerjasama semua pihak amat menggalakkan.
Sek. Keb. Saujana Indah, Nibong Tebal
Keadaan di dalam Perpustakaan sekolah (tempat promosi)

Buku-buku yang dipamerkan


Hasil kreatif guru-guru


Buku-buku dari perpustakaan

Staf-staf yang terlibat


Permainan yang ada di perpustakaan

Promosi Setiap Bayi Satu Buku juga tidak ketinggalan

Cik Dhorifah (PD Taman Sempadan) memberikan taklimat berkaitan perpustakaan

Kanak-kanak sekolah khusyuk mendengar taklimat






Pelajar melihat pameran buku

Pelajar-pelajar membuat pendaftaran


Beratur untuk menjawab kuiz

Menyelesaikan kuiz

































Mari membuat rama-rama

Friday, October 24, 2008

Aktiviti pada hari ini adalah mari membuat rama-rama.
Seramai 30 kanak-kanak mengambil bahagian

Bahan-bahan yang diperlukan:

kertas warna(digunting 4 segi)
benang
gam
gunting

Cara membuat:
kertas dilipat seperti membuat kipas.
Buat 2 keping.
Kemudian cantumkan sehingga menjadi bentuk rama-rama.
jangan lupa letakkan sesungut...
anda bolehlah hiaskan mengikut kreativiti anda..
















Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, October 22, 2008

Pada 14 Oktober 2008 satu jamuan Hari Raya telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Seluruh kakitangan di jemput hadir. Pelbagai menu yang menarik disediakan.Antaranya adalah ketupat,lemang, rendang,nasi impit,laksa,char koey teow, aiskacang, bihun,kuih raya, puding dan pelbagai lagi..

















































MARI MEMBUAT KRAF BURUNG

Aktiviti membuat kraf burung
Bahan-bahan:
gambar burung
pensil warna
gunting
gam
Cara membuat:
1. Mula-mula warnakan gambar-gamabar yang belum bercantum mkengikut kreativiti anda
2. Gunting mengikut bentuk yang ada
3. Cantumkan sehingga menjadi seekor burung






















PROMOSI TERKINI - SK SUNGAI ACHEH

Tuesday, October 14, 2008

Setelah hampir sebulan,kini aktiviti promosi diteruskan lagi.
Destinasi seterusnya adalah di SK Sungai Acheh.
Promosi ini diadakan pada 9 Oktober 2008.
bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira 1.00 tengahari.
Kesemua Pen. Pegawai PNM di daerah SPS hadir membantu.
Antaranya adalah Mohd Amran,Siti Rohayah,Nornisha,Noraziah,Norhafiza,Dhorifah.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz, silangkata, pameran buku dan
yang paling utama adalah pendaftaran.
Pada hari ini kami berjaya mengumpul kira-kira 300 keahlian baru.
Terima kasih diucapkan kepada guru perpustakaan
dan tak lupa juga kepada guru besar yang memberi layanan yang begitu mesra.
Jasa anda amat dihargai.
Pusat Sumber sekolah-tempat promosi diadakan
Hasil kreativiti


Bilik Sumber yang dihias cantik


Sedap mata memandang..




Tempat untuk bersantai



Hiasan di perpustakaan..



Pelajar-pelajar begitu khusyuk melihat pameran


Buku- buku yang dipamerkan






Ni pulak, nak jawab kuiz


Ni pendaftaran baru


Pelajar-pelajar beratur untuk mendaftar























 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger