Majlis Perasmian PD SPS & Karnival Membaca

Wednesday, June 24, 2009

Pada 31 Mei 2009 bertempat di Perpustakaan Desa Sungai Chenaam, Seberang Perai selatan telah diadakan majlis Perasmian 4 Perpustakaan Desa di seberang Perai selatan iaitu PD Kampung Besar,PD Sungai Bakap, PD Taman Sempadan dan PD Sungai Chenaam.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya adalah aktiviti untuk kanak-kanak seperti Pertandingan Mewarna,Pertandingan congkak,Pertandingan Membaca Jawi dan lain-lain Manakala untu golongan dewasa pula telah diadakan Pertandingan Membuat Gubahan Tuala dan Coklat. Selain daripada itu, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan silat, boria dan nasyid daripada PPAPP. Majlis itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Yang Berbahagia En Raslin bin Abu Bakar.

Plak perasmian perpustakaan

PD Sungai Chenaam




Aktiviti Mewarna



Kanak-kanak begitu tekan mewarna sambil dibantu oleh ibu bapa




Pertandingan Membaca Jawi

Pemeriksaan Kesihatan oleh Kementerian Kesihatan


Pertandingan Congkak


Salah seorang peserta Gubahan Lipatan Tuala


Peserta Gubahan Coklat

Peserta gubahan tuala



Hasil kreatif seorang peserta lelaki..


Majlis Perasmian Perpustakaan Desa dan Karnival Membaca


Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah






























































HIASAN DI PINTU "SELAMAT DATANG"

Monday, March 2, 2009

Pada Bulan Februari lepas, pengguna-pengguna di Perpustakaan Desa Batu Kawan berpeluang membuat hiasan yang boleh diletakkan di pintu bilik. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Bahan-Bahan
Kadbod
kertas warna
riben
penebuk lubang
gambar atau guntingan kecil (untuk hiasan)
Cara Membuat:
Mula-mula huruf "Selamat datang "yang di taip menggunakan komputer
(boleh juga di tulis tangan) digunting
kemudian tampalkan ke atas kertas yang berwarna putih atau hitam (mengikut kreativiti masing-masing.
Selepas itu kertas itu perlu ditampal atas kadbod yang agak keras
anda boleh lah menghias mengikut kreativiti masing-masing
tebuk lubang di sebelah atas
kemudian masukkan riben
Hiasan "Selamat datang" anda dah pun siap...

























































Mari Membuat Maruku

Friday, February 13, 2009

Pada 11 Februari 2009, iaitu pada hari Rabu Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan dengan Kerjasama KEMAS telah mengadakan kelas membuat muruku yang bertempat di perpustakaan. Kelas ini dihadiri oleh kaum-kaum ibu yang tinggal di sekitar Batu kawan dan taman-taman yang berhampiran...
RESEPI MARUKU
Bahan-bahan :
1 peket tepung maruku
tepung jagung
tepung pulut
tepung ubi kayu
3 cawan santan
1 camca kecik jintan putih
1 camca kecik lemuju1 camca besar lenga

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kering.. Tepung + jintan putih + lemuju + lenga.. Gaulkan sebati..
2. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit.. Gaul sebati.. Uli agak2 jadik doh yang sedang2 lembut boleh tekan masuk acuan..
3. Masukkan dalam acuan dan tekan..
4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing..












Ini merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat maruku


Tepung Maruku






Tepung pulut







Tepung Ubi Kayu







Tepung Jagung







Marjerin






Tepung-tepung dicampur dan digaul hingga sebati dan dimasukkan santan











Tepung yang digaul









Doh yang dihasilkan














Minyak perlu dipanaskan










cara membuat maruku













Maruku yang digoreng










Maruku yang telah siap


























Bekas Pensil Dari Cawan Kertas

Thursday, January 29, 2009

Bahan-bahan:
Cawan Kertas
Kertas Warna
Gam
gunting
Pensil warna
riben
Cara Membuat:
1.Anda hanya perlu menghias cawan kertas mengikut kreativiti anda.
2.Selepas itu, bolehlah diikatkan riben yang bewarna agar lebih menarik






































Lawatan Kerja Ketua Pengarah PNM

Wednesday, January 14, 2009


























Pada 29 November 2008 Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan telah menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia iaitu Yang Brbhg. En Raslin Bin Abu Bakar. Kunjungan ini bersempena dengan perasmian Perpustakaan Desa (PNM) Pulau Aman. di dalam kunjungan ini beliau berpeluang melihat blog perpustakaan Desa Batu Kawan dan melihat aktiviti yang dijalankan di perpustakaan. Beliau berharap agar staf-staf perpustakaan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan di samping mempertingkatkan lagi aktiviti promosi bagi tujuan untuk menambahkan keahlian perpustakaan.

 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger