RAHSIA TAUGE

Wednesday, December 16, 2009



Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang
langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukupberkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis )


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam tauge,
menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan
tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang
utama tauge dalam memerangi sel kanser .

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya
.
Jadi apalagi,



JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari
.



Announcement...

Tuesday, December 15, 2009


Mulai hari ini blog PD Batu Kawan bukan sahaja

mengandungi aktiviti-aktiviti dan maklumat mengenai perpustakaan malah

Ia akan mengandungi pelbagai maklumat mengenai aktiviti kampung

dan masyarakat setempat dan juga di sekitar SPS,

petua-petua,resepi-resepi,panduan-panduan,tips-tips,maklumat-maklumat

serta berita-berita terkini yang boleh dijadikan

panduan yang memberi manfaat kepada kita semua...InsyaAllah..

tunggu ye....

Kemaskini

Friday, December 11, 2009

Blog PD Batu Kawan Sedang dikemaskini....harap maaf ye...

Program Merakyatkan Seni Budaya

Thursday, December 3, 2009

Pada 15 november 2009 yang lepas,saya beserta beberapa orang pegawai PD PNM daerah SPS iaitu Amran,Norhafiza,Dhorifah dan Siti Salmiah pembantu dari PD Sg. Chenaam telah bersama-sama memeriahkan lagi Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS), anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Sungai Chenaam,Seberang Perai Selatan.

Objektif program ini ialah untuk mendekatkan penduduk kampung dan generasi muda dengan pelbagai kebudayaan tradisional negara yang tak lepuk dek hujan dan tak kering dek panas. Antara-antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Mewarna,Pertandingan Congkak,Batu seremban,Gubahan sireh junjung,gubahan lipatan,pertandingan sepak raga serta marhaban dan tahlil.


Aturcara Majlis di mana perasmian oleh Dato'Hj Mahmud bin Zakaria (ADUN Sg Acheh)


Pertandingan menganyam ketupat yang mendapat sambutan ramai...cantik2 kan ketupat ni..pening kepala pengadil nak pilih pemenang...

Ini dia pemenang anyaman ketupat...kemas n cantikkan..



Ni adalah Marhaban dan berendoi...ada baby kat dalam buai tu..




Acara Marhaban oleh perkumpulan Wanita






Gubahan sireh junjung juga mendpat sambutan..





Lipatan kain batik







Salah satu sireh junjung yang cantik








Ni pun sireh junjung jugak..










Pertandingan Batu seremban yang mendapat sambutan kanak-kanak









Pertandingan congkak dan seremban yang dikendalikan oleh petugas PD












Puppet Finger Bersama Tabika Kemas Batu Kawan

Tuesday, November 17, 2009

Ini untuk anak2 yang hadir.....jelas kegembiraan terpancar di wajah mereka...


Pada 17 November 2009, PD Batu Kawan telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Tabika Kemas Batu Kawan...Dah lama merancang, baru hari ini mereka mempunyai masa yang terluang.


Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti "finger puppet" di mana pelajar-pelajar tabika dikehendaki mewarna gambar burung dan arnab yang dijadikan puppet.


Gambar tersebut kemudiaannya digunting dan dilekat ke atas kertas yang digulung dan dapat dimuatkan ke anak jari


Para pelajar begitu bersungguh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan









Ini antara puppet yang menarik perhatian...








Selepas dah menyiapkan puppet,mereka berpeluang bermain i-play



















Pertandingan Kampung Indah di Sungai Chenaam SPS

Monday, November 9, 2009

Pada 5 Oktober 2009 bersempena dengan kunjungan pengadil-pengadil pertandingan keindahan kampung di Sungai Chenaam Seberang Perai Selatan pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya adalah pameran,demonstrasi memasak chicken chop,
kapal terbang control dan lain lain lagi..
Ini adalah chicken chop yang telah dimasak oleh peserta dari KEMAS Sungai Chenaam dimana para hadirin yang hadir diberi peluang melihat sendiri bagaimana cara membuat chicken chop dan seterusnya berpeluang merasa keenakan chicken chop tersebut..

Sibuk menyediakan chicken chop

Yang Berhormat Adun Sungai Acheh mencuba bakat untuk membuat chicken chop


Kanak-kanak tadika yang datang




Pemberian duit raya oleh YB






Kanak-kanak tadika yang datang




Kraftangan yang disediakan oleh penduduk Sungai Chenaam













BIRTHDAY HAT

Aktiviti pada hari ini ialah
Birthday Hat
Materials Needed
Printable colored card stock or construction paper
Scotch tape
Glue stick
Hole punch
Stapler
Cutter
Elastic string
Stickers, glitter glue, colored paper, crayons
Curly ribbons, pompoms, or crepe paper











 
Perpustakaan Desa PNM Batu Kawan - by Templates para novo blogger