Setelah hampir sebulan,kini aktiviti promosi diteruskan lagi.
Destinasi seterusnya adalah di SK Sungai Acheh.
Promosi ini diadakan pada 9 Oktober 2008.
bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir kira-kira 1.00 tengahari.
Kesemua Pen. Pegawai PNM di daerah SPS hadir membantu.
Antaranya adalah Mohd Amran,Siti Rohayah,Nornisha,Noraziah,Norhafiza,Dhorifah.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz, silangkata, pameran buku dan
yang paling utama adalah pendaftaran.
Pada hari ini kami berjaya mengumpul kira-kira 300 keahlian baru.
Terima kasih diucapkan kepada guru perpustakaan
dan tak lupa juga kepada guru besar yang memberi layanan yang begitu mesra.
Jasa anda amat dihargai.
Pusat Sumber sekolah-tempat promosi diadakan
Hasil kreativiti
Bilik Sumber yang dihias cantik
Sedap mata memandang..

Tempat untuk bersantai

Hiasan di perpustakaan..

Pelajar-pelajar begitu khusyuk melihat pameran
Buku- buku yang dipamerkan


Ni pulak, nak jawab kuiz
Ni pendaftaran baru

Pelajar-pelajar beratur untuk mendaftar